Tuesday 14 February 2012

Desert Sihat

Cerita pasal desert ni memang la best sangat...Boleh dikatakan semua suka makan desert...Mana tak nyer terbayang pencuci mulut yang manis dan lemak berkrim tu: cheesecake, puding jagung, karamel, aiskrim dan macam2 lagi lah..Semua sedap2 sampai tak mampu nak kata tidak...hehehe... saya lah tu.

Tapi makanan desert seperti tu tak boleh dimakan selalu bagi yang berdiet ataupun yang ada penyakit terutama sekali kencing manis, sebab kandungannya kaya dengan lemak, gula dan kalori yang tinggi. 

Bagi sesiapa yang berdiet, disini ada beberapa desert berkhasiat yang boleh dinikmati....
 
Kurma
Buah yang kaya dengan khasiat yang boleh dimakan begitu sahaja. Kandungan gula yang ada didalam kurma telah ditukar secara semulajadi. Jadi ia dapat menyerap tenaga dengan serta- merta.


Salad buah 
Desert yang menarik dengan campuran buah-buahan yang kaya vitamin dan mineral dengan campuran jus lemon dan yogurt sebagai sos.

Yogurt
Gantikan aiskrim dengan yogurt sejuk (yogurt tawar yang dicampurkan dengan buah beri, anggur, kacang dan serbuk kayu manis kemudian disejukkan) boleh dinikmati selepas makan.

Buah bersalut coklat
Buah strawberry dan anggur adalah antara buah yang sesuai disalut coklat. Coklat pula mestilah coklat gelap bukannya coklat putih/susu sebab coklat gelap rendah kandungan gula dan kalori.


Friday 10 February 2012

Roti Segan

Nak kongsi satu resepi family yang paling simple sesangat la...Roti Segan. Pernah dengar...??? Mesti tak pernah kan...Biasa kita cuma dengar roti canai, roti bom, roti nan tapi yang ni dipanggil roti segan. Sebab apa..roti segan(malas) ni roti yang senang and cepat untuk dimasak tapi sedapppp...

Bahan2 nyer...(sukatan:agak2 sendiri la ye..)
1. Kelapa parut
2. Tepung gandum
3. Garam secukup rasa
4. Sedikit air
5. Minyak (untuk goreng)
(sukatan kelapa mesti banyak dari tepung)  

Cara membuat nyer...
Campurkan semua bahan2 tadi menjadi doh.
Buat bulat2 sebesar bola ping pong.
Ambil satu ketul dan canaikan nipis.
Goreng didalam minyak yang banyak dan panas.
(semasa menggoreng pusing2kan roti tu supaya roti menjadi kembong).
Bila dah masak, boleh la diangkat untuk dihidangkan bersama kuah kari/sardin.

Mudahkan...cubalah untuk sarapan/minum petang anda nanti...pasti berbaloi...Yummm Yummm...

(Sorry, hari tu gambar tak sempat nak tangkap..tp insyaAllah next kalau saya buat roti segan lagi saya akan masukkan gmbr dalam ni ok...)



Wednesday 8 February 2012

Permainan robotis

Kalau pergi jer tesco/giant/whatever shopping mall pun dgn anak2, mesti tersangkut kat area permainan dulu sebelum dapat pegi ke area2 lain..Mana tak nyer, pihak marketing pandai target 'customer'..hehehe...
Permainan yang ada kat pasaran sekarang ni pun best dan hebat2..Bukan macam kita dulu..main batu seremban, biji getah and tudung botol jer, semua tu kutip je kat belakang rumah..Tapi anak2 skrg dah advance..semua mainan nak yang canggih2 jer. Maklumlah ikut perkembangan zaman..

Mainan ni...??? Sorry syg...no entry for lembu merah ok..!
Tgk la tu bila x bagi beli...tunjuk yang lain pulak..

 Ermm..yang ni baru bagus ok...

Haaa...ni la salah satu koleksi mainan anak saya yang rasanya tersgt la bagus and fun walaupun mainan ni utk kanak2 umur +7years but very easy to learn..Rasanya dekat shopping mall tak ada jual kot permainan mcm ni..Mainan ni buat anak saya lebih fokus dan kreatif tau. Tp memandangkan  anak saya belum lg 5 years, saya kena la guide dia (sbb dia x pandai baca lg)..So inilah dia permainan mencipta robot dari Ollo Action Kit..(cehh..bunyi mcm doremon keluar brg dr poket pulak)...

Lihatlah hasil kreativitinya... 
 Kincir angin

 Arnab


So kalau nak info lebih lanjut ttg produk ni, try la lawat laman web: www.juruterakecil.blogspot.com

Jumpa lagi....