Nak kongsi satu resepi family yang paling simple sesangat la...Roti Segan. Pernah dengar...??? Mesti tak pernah kan...Biasa kita cuma dengar roti canai, roti bom, roti nan tapi yang ni dipanggil roti segan. Sebab apa..roti segan(malas) ni roti yang senang and cepat untuk dimasak tapi sedapppp...
Bahan2 nyer...(sukatan:agak2 sendiri la ye..)
1. Kelapa parut
2. Tepung gandum
3. Garam secukup rasa
4. Sedikit air
5. Minyak (untuk goreng)
(sukatan kelapa mesti banyak dari tepung)
Cara membuat nyer...
Campurkan semua bahan2 tadi menjadi doh.
Buat bulat2 sebesar bola ping pong.
Ambil satu ketul dan canaikan nipis.
Goreng didalam minyak yang banyak dan panas.
(semasa menggoreng pusing2kan roti tu supaya roti menjadi kembong).
Bila dah masak, boleh la diangkat untuk dihidangkan bersama kuah kari/sardin.
Mudahkan...cubalah untuk sarapan/minum petang anda nanti...pasti berbaloi...Yummm Yummm...
(Sorry, hari tu gambar tak sempat nak tangkap..tp insyaAllah next kalau saya buat roti segan lagi saya akan masukkan gmbr dalam ni ok...)
No comments:
Post a Comment