Tuesday 14 February 2012

Desert Sihat

Cerita pasal desert ni memang la best sangat...Boleh dikatakan semua suka makan desert...Mana tak nyer terbayang pencuci mulut yang manis dan lemak berkrim tu: cheesecake, puding jagung, karamel, aiskrim dan macam2 lagi lah..Semua sedap2 sampai tak mampu nak kata tidak...hehehe... saya lah tu.

Tapi makanan desert seperti tu tak boleh dimakan selalu bagi yang berdiet ataupun yang ada penyakit terutama sekali kencing manis, sebab kandungannya kaya dengan lemak, gula dan kalori yang tinggi. 

Bagi sesiapa yang berdiet, disini ada beberapa desert berkhasiat yang boleh dinikmati....
 
Kurma
Buah yang kaya dengan khasiat yang boleh dimakan begitu sahaja. Kandungan gula yang ada didalam kurma telah ditukar secara semulajadi. Jadi ia dapat menyerap tenaga dengan serta- merta.


Salad buah 
Desert yang menarik dengan campuran buah-buahan yang kaya vitamin dan mineral dengan campuran jus lemon dan yogurt sebagai sos.

Yogurt
Gantikan aiskrim dengan yogurt sejuk (yogurt tawar yang dicampurkan dengan buah beri, anggur, kacang dan serbuk kayu manis kemudian disejukkan) boleh dinikmati selepas makan.

Buah bersalut coklat
Buah strawberry dan anggur adalah antara buah yang sesuai disalut coklat. Coklat pula mestilah coklat gelap bukannya coklat putih/susu sebab coklat gelap rendah kandungan gula dan kalori.


Friday 10 February 2012

Roti Segan

Nak kongsi satu resepi family yang paling simple sesangat la...Roti Segan. Pernah dengar...??? Mesti tak pernah kan...Biasa kita cuma dengar roti canai, roti bom, roti nan tapi yang ni dipanggil roti segan. Sebab apa..roti segan(malas) ni roti yang senang and cepat untuk dimasak tapi sedapppp...

Bahan2 nyer...(sukatan:agak2 sendiri la ye..)
1. Kelapa parut
2. Tepung gandum
3. Garam secukup rasa
4. Sedikit air
5. Minyak (untuk goreng)
(sukatan kelapa mesti banyak dari tepung)  

Cara membuat nyer...
Campurkan semua bahan2 tadi menjadi doh.
Buat bulat2 sebesar bola ping pong.
Ambil satu ketul dan canaikan nipis.
Goreng didalam minyak yang banyak dan panas.
(semasa menggoreng pusing2kan roti tu supaya roti menjadi kembong).
Bila dah masak, boleh la diangkat untuk dihidangkan bersama kuah kari/sardin.

Mudahkan...cubalah untuk sarapan/minum petang anda nanti...pasti berbaloi...Yummm Yummm...

(Sorry, hari tu gambar tak sempat nak tangkap..tp insyaAllah next kalau saya buat roti segan lagi saya akan masukkan gmbr dalam ni ok...)



Wednesday 8 February 2012

Permainan robotis

Kalau pergi jer tesco/giant/whatever shopping mall pun dgn anak2, mesti tersangkut kat area permainan dulu sebelum dapat pegi ke area2 lain..Mana tak nyer, pihak marketing pandai target 'customer'..hehehe...
Permainan yang ada kat pasaran sekarang ni pun best dan hebat2..Bukan macam kita dulu..main batu seremban, biji getah and tudung botol jer, semua tu kutip je kat belakang rumah..Tapi anak2 skrg dah advance..semua mainan nak yang canggih2 jer. Maklumlah ikut perkembangan zaman..

Mainan ni...??? Sorry syg...no entry for lembu merah ok..!
Tgk la tu bila x bagi beli...tunjuk yang lain pulak..

 Ermm..yang ni baru bagus ok...

Haaa...ni la salah satu koleksi mainan anak saya yang rasanya tersgt la bagus and fun walaupun mainan ni utk kanak2 umur +7years but very easy to learn..Rasanya dekat shopping mall tak ada jual kot permainan mcm ni..Mainan ni buat anak saya lebih fokus dan kreatif tau. Tp memandangkan  anak saya belum lg 5 years, saya kena la guide dia (sbb dia x pandai baca lg)..So inilah dia permainan mencipta robot dari Ollo Action Kit..(cehh..bunyi mcm doremon keluar brg dr poket pulak)...

Lihatlah hasil kreativitinya... 
 Kincir angin

 Arnab


So kalau nak info lebih lanjut ttg produk ni, try la lawat laman web: www.juruterakecil.blogspot.com

Jumpa lagi....

Thursday 19 January 2012

Makanan Pengawal Gula Darah

Alamak...kencing manis!!!
Teringat masa mengandung dulu..Nurse mesti tanya ibubapa ada x yang mengidap kencing manis..klu ada tentu kena minum air gula..huikssss...time tu la yang paling benci sekali...
Bila mengandung kena kencing manis ni susah nk control sbb anak dlm perut nk makan mcm2..(hehehe alasan...).Bila dah bersalin..kencing manis pun hilang..Tapi ada jugak yang terus kena penyakit ni..Nasib badan la sebab ikutkan sangat selera anak masa mengandung dulu...


Kita tentu takutkan bila penyakit ni menyerang kita..Bila dah kena semua makanan x dapat makan dengan puas..Semua kena control..Klu x kawal, gula darah kita pun melonjak dengan bangganya...
Mahu tak mahu kita kena juga kawal demi org2 yang kita sayang..


Ada beberapa jenis makanan dapat mengawal paras gula darah kita yang saya ambik dari buku info sihat..
Antaranya:
  1. Peria - sangat berkesan tp jangan dimakan serentak dengan ubat kencing manis.boleh menyebabkan paras gula darah menurun dengan drastik..nnt jadi hypo pulak.
  2. Epal - kandungan pektin tinggi dapat membantu menurunkan keperluan insulin tubuh.
  3. Kacang - serat larut yang tinggi dapat membantu seimbangkan kadar gula darah.
  4. Gandum - mengandungi karbohidrat kompleks yg diserap lebih lambat dan dapat membantu stabilkan paras gula darah.
  5. Brokoli - sumber terbaik dari kromium-mineral yg membantu mengatur insulin...lebih elok kalau dimakan mentah atau separuh masak.      

Jom berkenalan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Selamat datang ke blog Permata Hati.
Blog ni saya buat saje suka2. Sebenarnya teringin nak menulis novel/cerpen dlm blog ni. Nak jadi mcm penulis2 yang famous kat malaysia ni (angan2 je la).
Memandangkan saya ni x ambil bidang sastera masa kat sekolah dulu dan sambung study pun dlm jurusan engineering , so mcm mana nk karang sebuah cerpenkan...Ermmm(fikirkan sejenak)..Tp saya akan cuba buat cerpen pendek untuk diisi dalam blog Permata Hati ni (x tau la bila akan siap karangnye..hehehe). Buat masa ni disebabkan otak saya masih belum kreatif lg jadi saya akan post ttg info2 yang menarik dulu ok..Usaha tangga kejayaan..Terima Kasih.