Tuesday 14 February 2012

Desert Sihat

Cerita pasal desert ni memang la best sangat...Boleh dikatakan semua suka makan desert...Mana tak nyer terbayang pencuci mulut yang manis dan lemak berkrim tu: cheesecake, puding jagung, karamel, aiskrim dan macam2 lagi lah..Semua sedap2 sampai tak mampu nak kata tidak...hehehe... saya lah tu.

Tapi makanan desert seperti tu tak boleh dimakan selalu bagi yang berdiet ataupun yang ada penyakit terutama sekali kencing manis, sebab kandungannya kaya dengan lemak, gula dan kalori yang tinggi. 

Bagi sesiapa yang berdiet, disini ada beberapa desert berkhasiat yang boleh dinikmati....
 
Kurma
Buah yang kaya dengan khasiat yang boleh dimakan begitu sahaja. Kandungan gula yang ada didalam kurma telah ditukar secara semulajadi. Jadi ia dapat menyerap tenaga dengan serta- merta.


Salad buah 
Desert yang menarik dengan campuran buah-buahan yang kaya vitamin dan mineral dengan campuran jus lemon dan yogurt sebagai sos.

Yogurt
Gantikan aiskrim dengan yogurt sejuk (yogurt tawar yang dicampurkan dengan buah beri, anggur, kacang dan serbuk kayu manis kemudian disejukkan) boleh dinikmati selepas makan.

Buah bersalut coklat
Buah strawberry dan anggur adalah antara buah yang sesuai disalut coklat. Coklat pula mestilah coklat gelap bukannya coklat putih/susu sebab coklat gelap rendah kandungan gula dan kalori.


1 comment:

  1. frust sbb aritu pg cameron xsempat mkn strawbeary choclate.. huhu



    my new post1: sudah jupei
    my new post2: iklan acura nsx sempena superbowl
    my new post3: video: tetek bergerak
    my new post4: smartphones kalis air

    ReplyDelete